Monday 16 January 2012

Antara barang yang dipamerkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Di rumah warisan Penghulu Md Natar ini, terdapat beberapa barangan antik yang dipamerkan di sini, di dalam rumah ini. Antara barang warisan yang dipamerkan ialah seperti 

PELAMIN MELAYU 

 

 
Pelamin yang senibinanya unik ini merupakan salah satu replika yang berharga yang masih utuh berdiri di dalam rumah warisan ini. Pelamin yang dimiliki secara turun temurun oleh keturunan Penghulu Md Natar ini menyimpan seribu satu misteri bersamanya. Kerana, di sini segala adat istiadat upacara perkahwinan keturunan Penghulu Md Natar di laksanakan. Pelamin ini juga menjadi simbol lambang kemegahan dan lambang pangkat dan kedaulatan keturunan Penghulu Md Natar. Keunikan seni bina reka bentuk pelamin ini turut menjadi misteri kerana perisian seninya sangat teliti dan paling menarik perhatian. Pengunjung pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sendiri keunikan senibinanya.

 TIANG SERI



Tiang seri yang berdiri tegak dan teguh di tengah-tengah sudut rumah warisan ini merupakan antara tarikan yang menarik pengunjung untuk melihat sendiri keunikannya ukirannya dari dekat. Ukiran yang terdapat di segenap inci tiang seri ini membawa sejuta maksud yang mendalam bagi pengamal seni ukiran lama kerana keunikan ukirannya yang sukar untuk diterjemahkan. Kecantikan dan keaslian yang terdapat pada ukiran di tiang seri ini pastinya memukau setiap mata yang memandang. Tidak cukup dengan itu, tiang seri ini juga menyimpan seribu satu misteri yang terdapat di dalam rumah warisan ini. Tiang seri ini jugalah yang menjadi saksi bagi setiap kejadian yang pernah terjadi di dalam rumah ini.


REPLIKA BAJU PENGHULU MD NATAR DAN ISTERI

Rumah warisan ini juga menyimpan dan mempersembahkan replica baju yang pernah dipakai oleh Penghulu Md Natar itu sendiri beserta dengan replica pakaian yang di pakai isterinya. Replika ini disimpan di dalam peti kaca dan tersimpan dan dijaga rapi. Terdapat juga replica perhiasan yang dipakai oleh isteri Penghulu Md Natar. Uniknya, replica baju Penghulu Md Natar dan isterinya serta barang perhiasan isteri Penghulu Md Natar juga mempunyai ciri-ciri seni yang mempunyai maksud yang mendalam yang ditonjolkan pada barang-barang tersebut. Ini menunjukkan bahawa Penghulu Md Natar mempunyai sifat kesenian yang teliti dan beliau sangat mendalami ilmu kesenian itu sendiri. 

Sekian terima kasih,
Salam satu Malaysia.

No comments:

Post a Comment