Thursday 15 March 2012

Cenderahati Yang Dijual


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ini adalah antara cenderahati yang boleh dibeli di gerai hadapan rumah tradisional ini.






Sekian terima kasih,
Salam satu Malaysia.

Monday 12 March 2012

Barang-Barang Antik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti sudah sedia maklum, di dalam rumah tradisional ini juga terdapat bahan peninggalan yang sungguh antik dan menarik. Barang-barang antik nie sudah lama disimpan di rumah ini namun masih lagi dalam keadaan yang baik.

Jam dinding



Pemain Piring Hitam


Perhiasan bagi wanita


Sekian terima kasih,
Salam satu Malaysia.


Thursday 1 March 2012

Seni Ukiran Unik Di Setiap Bahagian Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Disini kami ingin mempamerkan hasil ukiran yang terdapat pada bahagian rumah Penghulu Md Natar ini. Setiap ukiran yang unik ini membawa makna yang tersendiri. Seni halus yang diterapkan dalam setiap ukiran sangat halus dan teliti membuatkan kami terpersona dan terpegun melihatnya. Mari kita saksikan seni ukiran unik tersebut.
Pintu kecil rumah

Ukiran naga


Ukiran di atas pintu masuk utama



Lain lain hiasan




Unik bukan? Jangan lupa untuk mengunjungi rumah tradisional Md Natar ini untuk mengalami pengalaman yang mengujakan ini sendiri!

Sekian terima kasih,
Salam satu Malaysia.

Monday 16 January 2012

Antara barang yang dipamerkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Di rumah warisan Penghulu Md Natar ini, terdapat beberapa barangan antik yang dipamerkan di sini, di dalam rumah ini. Antara barang warisan yang dipamerkan ialah seperti 

PELAMIN MELAYU 

 

 
Pelamin yang senibinanya unik ini merupakan salah satu replika yang berharga yang masih utuh berdiri di dalam rumah warisan ini. Pelamin yang dimiliki secara turun temurun oleh keturunan Penghulu Md Natar ini menyimpan seribu satu misteri bersamanya. Kerana, di sini segala adat istiadat upacara perkahwinan keturunan Penghulu Md Natar di laksanakan. Pelamin ini juga menjadi simbol lambang kemegahan dan lambang pangkat dan kedaulatan keturunan Penghulu Md Natar. Keunikan seni bina reka bentuk pelamin ini turut menjadi misteri kerana perisian seninya sangat teliti dan paling menarik perhatian. Pengunjung pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sendiri keunikan senibinanya.

 TIANG SERI



Tiang seri yang berdiri tegak dan teguh di tengah-tengah sudut rumah warisan ini merupakan antara tarikan yang menarik pengunjung untuk melihat sendiri keunikannya ukirannya dari dekat. Ukiran yang terdapat di segenap inci tiang seri ini membawa sejuta maksud yang mendalam bagi pengamal seni ukiran lama kerana keunikan ukirannya yang sukar untuk diterjemahkan. Kecantikan dan keaslian yang terdapat pada ukiran di tiang seri ini pastinya memukau setiap mata yang memandang. Tidak cukup dengan itu, tiang seri ini juga menyimpan seribu satu misteri yang terdapat di dalam rumah warisan ini. Tiang seri ini jugalah yang menjadi saksi bagi setiap kejadian yang pernah terjadi di dalam rumah ini.


REPLIKA BAJU PENGHULU MD NATAR DAN ISTERI

Rumah warisan ini juga menyimpan dan mempersembahkan replica baju yang pernah dipakai oleh Penghulu Md Natar itu sendiri beserta dengan replica pakaian yang di pakai isterinya. Replika ini disimpan di dalam peti kaca dan tersimpan dan dijaga rapi. Terdapat juga replica perhiasan yang dipakai oleh isteri Penghulu Md Natar. Uniknya, replica baju Penghulu Md Natar dan isterinya serta barang perhiasan isteri Penghulu Md Natar juga mempunyai ciri-ciri seni yang mempunyai maksud yang mendalam yang ditonjolkan pada barang-barang tersebut. Ini menunjukkan bahawa Penghulu Md Natar mempunyai sifat kesenian yang teliti dan beliau sangat mendalami ilmu kesenian itu sendiri. 

Sekian terima kasih,
Salam satu Malaysia.

Fungsi Ruang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Di dalam rumah ini, terdapat satu ruang yang dikenali sebagai 'Ruang Dapur". Kebiasaannya ruang ini digunakan oleh golongan wanita di dalam menjalani aktiviti seharian bertepatan dengan falsafah senibina tradisional yang membataskan pergaulan diantara jantina. Ia juga selaras dengan tuntutan dan ajaran agama islam.

Terdapat juga sebuah bilik tidur untuk kegunaan anak perempuan. perlantar terbuka bercirikan senibina Rumah Tradisional Melayu Melaka. Melaka berfungsi sebagai ruang menjemur padi dan tempat untuk menakung air. Terdapat dua pintu kecil berbumbung yang mempunyai unsur senibina Cina serta menggunakan bahan bumbung jenis "S" di atas bumbung belanda.





Binaan dapur berbentuk segiempat tepat mempunyai pengaruh belanda serta menggunakan bumbung jenis "V" shape atau dikenali sebagai "genting Cina"

Sekian terima kasih,
Salam satu Malaysia.

Sejarah Rumah Tradisional Penghulu Md Natar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rumah tradisional Penghulu Md Natar ini bertempat di Merlimau, Melaka. Lebih jelas lagi, rumah ini bertempat di Kampung Permatang Serai, Merlimau. Rumah tradisional ini dibuka pada tahun 1831 oleh Penghulu Abd Ghani. Rumah ini merupakan rumah warisan yang diwariskan kepada seluruh keturunan Penghulu Abd Ghani ini sendiri. Untuk pengetahuan anda, rumah ini telah di bina sebelum zaman komunis lagi dan ternyata rumah ini sudah beratus tahun lamanya namun tetap teguh berdiri. 

Betapa hebatnya binaan rumah ini sehingga detik ini ianya kekal dengan seni binanya yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan keistimewaan yang tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana sejarah rumah tradisional. Penghulu Abd Ghani telah meninggal dunia pada tahun 1884 dan kemudian rumah ini telah diwariskan kepada anak lelakinya iaitu Penghulu Md Natar. 

Rumah ini mempunyai pelbagai unsur yang unik dan menarik. Rumah ini mempunyai pengaruh Palembang, Cina, India dan juga Bugis. Kepelbagaian ini di adaptasikan pada setiap ukiran rumah dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Rumah tradisional ini dikhaskan sebagai tempat kediaman keluarga.

Pada masa dahulu, rumah ini juga berperanan sebagai pusat pengurusan mukim yang turut menyediakan ruang memasak di belakang rumah, tempat untuk mengadakan mesyuarat pembesar, pusat perbincangan, perbicaraan dan penyelesaian masalah. Malah, rumah ini pernah dijadikan sebagai lokap atau penjara kepada pesalah sebelum mereka dihantar kepada polis.

Kesimpulannya, rumah tradisional ini mempunyai seribu satu sejarahnya yang tersendiri. Justeru itu, marilah kita menghargai dan terokai warisan Melayu dan tradisinya yang istimewa.



Saya akhiri pengenalan ini dengan serangkap pantun.

Bunga kebangsaan bunga raya,
Menjadi simbol kebanggaan negara,
Marilah kita bersama-sama,
Perkasakan warisan dan budaya.

Sekian terima kasih.
Salam satu Malaysia.

Struktur Rumah Warisan Penghulu Md Natar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Struktur rumah dipercayai daripada kayu bakau yang terpilih dan masih berkeadaan elok sehingga kini. Tiang-tiang batu dengan pengaruh penjajah terletak teguh tanpa berlaku pemendapan. Elemen-elemen hiasan taman juga ditonjolkan melalui dua buah kolam dan kemudiannya di tanam dengan bunga.









Halaman dibiarkan luas bagi memudahkan majlis-majlis keramaian dilangsungkan. Demang Abdul Ghani merupakan seorang individu yang mempunyai pemikiran yang tajam serta mendahului zamannya.

Salam Satu Malaysia.